DASAR PANDANG TIMUR INDIA






FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI INDIA ( DASAR PANDANG TIMUR)

-Dasar Pandang Timur
-Dasar Tindak Timur

Dasar Pandang Timur & Dasar Tindak Timur  yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri India merupakan faktor India mula untuk mengorak lagkah untuk menjadi salah sebuah kuasa baru ekonomi India

DASAR PANDANG TIMUR

Tujuan Utama Pembentukan Dasar Pandang Timur 

-Mereformasi dan meliberalisasikan ekonomi India – bertujuan untuk membantu India bersaing dalam pasaran global dengan mengembangkan ekonomi India

-Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan kerjasama ekonomi daripada negara-negara lain

-Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan kerjasama ekonomi daripada negara-negara lain


PERANAN IMF
  • 1991, kebanyakan negara di Asia (termasuk India) turut mengalami krisis ekonomi yang amat serius.
  • International Monetary Funds (IMF) telah menawarkan bantuan untuk memulihkan keadaan ekonomi India.
  • IMF  membantu India dengan syarat India perlu setuju untuk membuat beberapa agenda reformasi di bidang ekonomi. 
  • Melalui bantuan IMF, India melaksanakan Structural Adjusment Programs yang membuka ruang kepada syarikat-syarikat multinasional (MNC) untuk masuk ke pasaran India. 
  • Program ini juga mengintegrasikan negara miskin ini ke dalam sistem ekonomi global.

REFORMASI EKONOMI INDIA

Pentadbiran Narasimha Rao, Atal Bihari Vajpayee dan Manmohan Singh mempromosikan reformasi ekonomi India melalui strategi Dasar Pandang Timur, iaitu dengan mengubah pola pembangunan ekonomi India yang berbentuk pasif dan tertutup menjadi lebih terbuka dan aktif dalam membangunkan hubungan dengan negara-negara asing.


P.V NARASIMHA RAO



ATAL BIHARI VAJPAYEE


MANMOHAN SINGH


PERANAN MGCI
  • MGCI adalah salah satu usaha India untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara ASEAN di tanah besar Asia Tenggara, khususnya negara Cambodia, Loas, Myanmar and Vietnam. 
  • MGCI merupakan satu lagi kerjasama penting organisasi sub-serantau bagi India. Organisasi ini memberi peluang kepada India untuk bekerjasama dengan negara-negara “Greater Mekong Subregion. 
  • MGCI memberi tumpuan dalam empat sektor iaitu pelancongan, kebudayaan, pendidikan, pengangkutan dan komunikasi. 
  • Teras asas MGCI adalah untuk menjalankan pembangunan ekonomi rantau Mekong dengan membangunkan kemudahan infrastruktur.
  • Bagi India, MGCI menawarkan skop yang besar dengan mewujudkan hubungan baik dengan negara-negara sekitar sungai Mekong. Secara tidak langsung ia akan menyediakan akses strategik untuk memasuki kawasan tengah Asia Tenggara.

PERKEMBANGAN PELAKSANAAN DASAR
  • Peningkatan ekonomi tersebut terus ditunjukkan dengan adanya perbandingan pertumbuhan ekonomi yang hanya 3.5% pada tahun 1960-1980-an telah menjadi 6% selepas reformasi ekonomi pada tahun 1991.
Terbahagi kepada dua fasa.
  1. Fasa Pertama Dasar Pandang Timur dari tahun 1991 sehingga 2003 telah fokuskan kepada kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara di Asia Tenggara
  2. Fasa kedua pula melibatkan kerjasama dengan ASEAN-India iaitu melibatkan program kerjasama yang melibatkan sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia, pengangkutan dan infrastruktur serta kesihatan dan farmaseutikal.
  • India telah menandatangani Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timur kerjasama jangka panjang untuk keamanan dan kemakmuran “Long Term Cooperative Partnership for Peace and Prosperity” dengan ASEAN. 
  • India juga menandatangani Perjanjian Bebas ASEAN-India (ASEAN-India Free Trade Agreements) pada Ogos 2009.
  • Melalui Dasar Pandang Timur, India telah berusaha untuk mewujudkan kerjasama dengan organisasi serantau seperti ASEAN, EAS, Bay of Bengal Initiative for Multi-Sectoral Technical and Economic Cooperation (BIMSTEC) dan The Mekong-Ganga Cooperation (MGC). 
  • Hal ini kerana untuk menguatkan lagi hubungan bilateral India dengan negara-negara yang terletak di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara.
  • India telah menjadi rakan dialog ASEAN pada tahun 1992  dan menjadi anggota ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1996.
  • Pelaksanaan India-ASEAN Summit yang pertama yang diadakan pada 5 November 2002 di Phnom Penh, Kemboja untuk memainkan peranannya secara mendalam dengan negara-negara ASEAN.
  • Hasil daripada pelaksanaan dasar ini, India telah membina IndoMyanmar Friendship Road sepanjang 165 kilometer yang menghubungkan Utara Myanmar dengan lebuhraya utama India yang dikenali National Highway 39. 
  • Selain itu, India juga terlibat dalam pembinaan infrastruktur iaitu lebuhraya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, Trans Asian Highway, jaringan keretapi India-Myanmar dan saluran paip gas MyanmarIndia-Bangladesh.


Rujukan:


Moorthy, R., & Subramaniam, K. (n.d.). PEMIKIRAN STARATEGI DASAR LUAR INDIA : DARI DASAR PANDANG TIMUR KE DASAR TINDAK TIMUR. Malaysian Journal of History, Politic & Staregic Studies, 44(2), 51-72.

Kalyanaram,G (2009), “India's Economic Growth and Market Potential: benchmarked againts China”,Journal of Indian Business Research, Vol. 1, pp.57-65. https://doi.org?10.1108?17554190910963208

Cakraborty, C. & Nunennkamp, P. (2008). Economic Reforms , Foreign Direct Investment, and its Economic Effects in india, World Development , 36(7), 1192-1212

Ismail Mustapa, & Aris Hamzah. (2016), Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Sasbadi sdn.bhd,

Bishwanath, G. (2008) Trade Liberalization and Labour Demand Elasticity in Indian Manufacturing. India:Institute of Economic Growth, University of Delhi.

India Kuasa Baharu Ekonmi Dunia, (n.d.). Retrieved from http://dwnekomoni.dbp.my/wordpress/?p=312
Patriciapcc.(n.d.).Topik 3.2 Kemunculan Kuasa Baru Ekonomi Dunia.pptx - GCI 1022 Kemunculan KuasaBaru Ekomoni CHINA INDIA BRAZIL RUSIA china Dikenal sebagai sebuah negara: Course Hero .Retrieved from https://www.coursehero.com/file/379568826/Topik-32-Kemunculan- Kuasa-Baru-Ekonomi-Duniapptx/

India nerdepan pertumbuhan ekonomi perlahan. (n.d.). Retrieved fromhttp://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/07/581133/india-berdepan-pertumbuhan-elkonomi-lebih-perlahan/amp

Iverson, I. M. (n.d.). Ekonomi India. Retrieved from https://www.academia.edu/9948225/Ekonomi_India.

Perdana Menteri India. (2017,August 26). Retrieved from
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_India


Comments

  1. Alhamdulillah...nota ringkas dlm bntuk point..sngt mudah difahami👍👍👍 tq⁦❤️⁩

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk nota nih 👍😁 sangat membantu saya

    ReplyDelete
  3. Tq info yg berguna dn up to date

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik Dan sangat mudah difahami. Sgt membantu saya dlm membuat assignment

    ReplyDelete

Post a Comment